MAKSUD SIMPULAN BAHASA
anak saudara = anak kepada abang atau adik
anak tunggal = seorang diri, tiada adik-beradik
anak kandung = anak sendiri
anak angkat = anak orang yang dijadikan sebagai anak sendiri
anak emas = anak atau pekerja yang disayangi
anak tiri = anak kepada isteri atau suami terdahulu
besar hati = berasa bangga serta gembira
makan angin = bersiar-siar
pening-pening lalat = berasa pening sedikit
anak buah = orang bawahan
Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
1. Pada hujung minggu lepas, kami sekeluarga
_____________________ ke Singapura.
2. Ibu ______________________ semasa menaiki bas ke Tanah
Tinggi Cameron.
3. Cikgu Ahmad ber_______________________ kerana anak-anak
muridnya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
4. Esah sentiasa berasa sunyi kerana dia merupakan
______________________ di keluarganya.
5. Zaiba merupakan ______________________ Pak Ali dengan
isteri pertamanya.
6. Encik Tan menjadi _______________________ syarikat itu
kerana kejujuran dan kesetiaannya.
7. Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh
__________________________ Encik Khairul pagi tadi.
8. Encik Muthu dan Puan Selvi tidak mempunyai anak sendiri
walaupun telah berkahwin sejak 5 tahun yang lalu. Jadi anak
saudarnya, Raju dijadikan _________________________ nya.
No comments:
Post a Comment