Balloon

Glitter Graphics | http://www.graphicsgrotto.com/

Friday 9 December 2011

SAYA SEPASANG KASUT

Saya sepasang kasut. Nama saya Bella. Saya dibuat di sebuah kilang di Kuala Lumpur. Saya dibungkus dengan kertas. Saya dimasukkan ke dalam kotak. Saya dihantar ke kedai kasut dengan menaiki lori. Saya dipamerkan di atas rak kasut.  Saya gembira mendapat ramai kawan. Pada suatu hari ada seorang budak perempuan membeli saya. Dia membawa saya balik ke rumah. Saya gembira tinggal dengan tuan saya. Dia menjaga saya dengan baik.

BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia dikenali dengan nama Jalur Gemilang. Jalur-jalur bendera Malaysia berwarna merah dan putih. 14 jalur pada Jalur Gemilang melambangkan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Pada Jalur Gemilang terdapat empat warna, iaitu merah, putih ,biru dan kuning mempunayi maksud tertentu. Bulan sabit pada bucu sebelah kiri melambangkan agama rasmi negara kita. Kita mestilah menghormati Jalur Gemilang yang merupakan lambang kemegahan dan kemajuan nagara.

AKU SEBUAH KERETA

Aku sebuah kereta. Aku dipasang di kilang kereta di Alor Gajar, Melaka. Badan aku berwarna merah. Apabila siap dipasang aku dihantar ke pusat pameran kereta.
Pada suatu hari, ramai oarng datang ke pameran kereta. Seorang wanita tertarik dengan aku. Jurujual memberi penerangan tentang kelebihan aku. Setelah berpuas hati, wanita itu terus membeli aku.
Setiap hari wanita itu memandu aku ke pejabat. Dia juga menggunakan aku untuk menghantar anaknya ke sekolah. Pada masa lapang, dia akan membawa keluarganya makan angin. Aku berasa bangga dapat memberi khidmat terbaik kepada wanita itu.